Saturday 17 August 2013

Lidah Pondan Dikerat

Seorang pondan telah dibunuh dengan kejam di sebuah motel, di Ipatinga City, Brazil. Beliau telah ditikam sebanyak 13 kali dan pembunuh telah mengerat lidah beliau sambil meninggalkan lidah tersebut di atas dada beliau. Mangsa dikenali sebagai Ronaldo Sabino de Lima, 25 tahun, atau nama pondannya, iaitu Raissa. Mangsa juga merupakan penjual punggung jalanan.
Seorang pekerja di motel tersebut berkata bahawa Raissa dan suspek tiba di motel berkenaan pada pukul 1.00 AM. Mereka memesan satu bilik, beberapa tin beer, rokok, dan sabun mandi. Kejadian bunuh berlaku sekitar pukul 2.30 AM apabila beberapa orang pelayan mendengar suara jeritan dan bunyi mangsa terjatuh dari tangga.
Pihak polis kemudiannya menemui beberapa dokumen di atas katil yang menjadi klu untuk memburu suspek. Akhirnya polis mendapati bahawa suspek merupakan Ronney Oliviera Bramusse, 33 tahun (gambar di bawah) yang juga merupakan seorang bekas banduan yang baru dibebaskan pada tahun 2006.


Suspek pernah dipenjarakan dari tahun 1998 atas kesalahan merogol dan membunuh sepupunya sendiri, iaitu Leila Bramusse Ventura (gambar di bawah).


Setelah dibebaskan, beliau pun kembali membunuh. Kali ini pondan pula yang menjadi mangsa beliau.



















No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT | Kongsi Ngeri